INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Info:
- Secara umumnya, negeri Kedah mempunyai 12 daerah.
- Pokok Sena merupakan salah satu daerah di negeri Kedah.
- Pokok Sena berasal dari nama sepohon pokok iaitu Pokok Sena atau nama saintifiknya “BTEROCARBUS INDICUS”.
- Daerah Pokok Sena berkeluasan 24,241.2 hektar(93.595 batu persegi), terbahagi kepada 6 buah Mukim , mengandungi 122 kampung , 21 taman perumahan dengan jumlah penduduan anggaran 50,000 orang.

" Menurut salah seorang penduduk di sini,zaman dahulu ada seorang berjalan di dalam hutan(kawasan bukit) ketika hujan lebat dan terjumpa payung untuk berlindung daripada hujan. Selepas itu, dia menggunakan payung tersebut sambil mencari jalan keluar untuk pulang ke rumah. Namun, setelah beberapa jam di dalam hutan dan masih belum jumpa jalan untuk pulang ke rumah, pemuda itu membuang payung tersebut di atas jalan kerana menganggap payung sebagai penyebab dia kehilangan arah untuk pulang ke rumah. Setelah membuang payung itu, akhirnya dia menjumpai jalan untuk pulang ke rumahnya. Manakala kisah silam Bukit Lada sering menjadi ingatan orang ramai kerana seorang pemuda yang sesat di hutan(kawasan bukit) dan jatuh tersadung akar pokok lada yang hampir serupa dengan pokok sena. Dia bangun lantas mengeluarkan kata-kata kesat kepada akar itu lalu ternampak buah lada yang amat lebat diatas pokok, dia segera memanjat pokok itu untuk memetik buah lada. Setelah selesai memetik, pemuda yang tamak itu menggendong buah itu turun dari bukit. Kemudian, pemuda itu letih dan tidak lagi larat untuk menggendong buah itu lalu membuang buah itu ke kaki bukit. Keistimewaan penduduk Melayu di kawasan mukim Bukit Lada ini adalah fasih berkomunikasi di dalam bahasa Siam. "

Peta Negeri Kedah Darul Aman

Senarai Mukim di daerah Pokok Sena


- Mukim Bukit Lada merupakan salah satu mukim di dalam daerah Pokok Sena. Ia mengandungi 14 buah kampung.Senarai kampung ialah:

KAMPUNG Kampung Bendang Lanjut
Kampung Bukit
Kampung Bukit Menerong
Kampung Hulu, Kampung Bukit
Kampung Menerong
Kampung Namput
Kampung Paya
Kampung Emat
Pondok Lama
Kampung Palas
Kampung Tok Kun
Bukit Lada
Bukit Lada B
Kampung Hujung Bendang

Senarai kampung di dalam Mukim Bukit Lada


Populasi Penduduk:
1). Melayu( 80 % )
2). Cina( 5% )
3). India( 5% )
4). Siam( 10% )

Purata Umur Penduduk:
1). Warga Emas – Sederhana
2). Dewasa / Belia – Tinggi
3). Kanak-kanak - Tinggi

Purata Pekerjaan:
1). Pesara
2). Bekerja Sendiri
3). Sektor Kerajaan
4). Sektor Swasta


Komposisi Penduduk* Daerah Pokok Sena mengikut Jantina
*Sumber:Jabatan Perangkaan Negeri Kedah


Pentadbiran Bukit Payong(Bukit Lada):


YB DATO' HAJI MAHFUZ BIN HAJI OMAR
No.47 Taman Satria, Jalan Langgar, 05430 Alor Setar, Kedah Darul Aman 019-4422685 (P008) Pokok Sena Mahfuz Omar-Pakatan Rakyat(PAS)


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada:


YB DATO' HJ. AHMAD BIN SUDIN
No. 143, Lorong Teja 2/1, Taman Bandar Baru, 06400 Pokok Sena, Kedah Darul Aman 012-4803455 / 04-7330154 (BN)

Penghulu Mukim Bukit Lada:


Rezuwan Bin Abdullah @ Zainol
Penghulu Kampung Bendang Lanjut, Kampung Bukit, Kampung Bukit Menerong, Kampung Hulu (Kg Bukit), Kampung Menerong, Kampung Namput, Kampung Paya, Kampung Lancuk Emat, Kampung Pondok Lama, Kampung Palas, Kampung Tok Kun, Kampung Bukit Lada, Kampung Bukit Lada B, Kampung Hujung Bendang.



Matlamat Kelab/Persatuan:Menyediakan peluang dan ruang kepada rakan pelajar yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama untuk bergabung dan menggembeling tenaga ilmu, dan idea di bawah satu pimpinan dan pertubuhan. Kemudian berkongsi mengadakan aktiviti yang lebih besar, sihat dan bermakna supaya boleh di manfaatkan oleh semua ahli dan komuniti.

Rekreasi & Pelancongan

Homestay

Homestay D’Lada


Kampung Bukit Lada, Mukim Bukit Lada, 06400 Pokok Sena, Kedah


Kemudahan Awam

Lokasi-Lokasi

Hospital Sultanah Bahiyah
Klinik Desa Bukit Payong
Klinik Desa Bukit Lada
Pusat Sumber Bukit Payong
Masjid Kampung Bukit
Masjid Bukit Payong
Masjid An-Nur
Mini RTC Bukit Lada
Pejabat Pos Pokok Sena
Public Bank Pokok Sena
Bank Islam Pokok Sena
Bank Simpanan Nasional Pokok Sena
Balai Polis Pokok Sena
Pendidikan

Lokasi-Lokasi

Sekolah Menengah Kebangsaan
Bukit Payong
Sekolah Kebangsaan Bukit Payong
Sekolah Kebangsaan Kampung Bukit
Tabika Kemas,
Kampung Bukit Payong
Tabika Kampung Bukit
Kisah Kejayaan

Nurul Aqilah Bt Mohd Ridzuan
Celik IT

Umur:
10 tahun

No. Telefon:
+019-402 6724

Keahlian PI1M:
2017

Bentuk Celik It:
Kemahiran menggunakan perisian komputer

Kisah Kejayaan:
Latar belakang: Adik Nurul Aqilah Bt Mohd Ridzuan merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Payong .Berumur 10Tahun(Tahun 4).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Adik Nurul Aqilah Bt Mohd Ridzuan tiada asas ICT yang menjadi keutamaan pada zaman ini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Adik Nurul Aqilah Bt Mohd Ridzuan merupakan pegguna utama di Pusat Internet 1Malaysia Bukit Payong. Beliau merupakan ahli Pi1M dan selalu menghadiri kelas ict yang telah di jalankan oleh pihak Pi1M. Dengan adanya kelas ict, adik Nurul Aqilah Bt Mohd Ridzuan telah berjaya menyiapkan tugasan sekolah dengan menggunakan kemudahan internet serta melakukan tugasan dengan lebih baik berdasarkan medium yang telah disediakan seperti word, powerpoint dan excel.Malah, menggunakan kemudahan internet sebagai medium untuk mengulangkaji pelajaran seperti mencari bahan rujukan dan latihan akademik online.

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/peningkatan tahap kemahiran ICT:
- PI1M memberi kelas ICT.
- Pi1M membantu dalam mencari bahan rujukan bagi menyiapkan kerja sekolah.
- Pi1M membantu memberi pendedahan mengenai latihan akadeemik online seperti latih tubi.

Apa yang dipelajari melalui PI1M:
- Mempelajari cara membuat tugasan dengan format yang lebih baik dan kemas.
- Mempelajari power point untuk membuat tugasan yang diberikan oleh cikgu seperti folio.
- Mempelajari excel untuk memudahkan membuat jadual dan lain-lain lagi.
- Menggunakan kemudahan internet untuk mencari bahan rujukan dan di bantu oleh staff pi1m

Berikut adalah gambar-gambar mengenai Muhammad Hafiz Bin Amran:


Kelas Microsoft(Word , Ecel dan Power point)

Keusahawanan

Pazilah Bt Saad
Keusahawanan

Umur:
43 Tahun

FB:
Pazilah Bt Saad

Whatsapp:
+6019-402 6724

Keahlian PI1M:
2017

Bentuk Perniagaan:
Kuih Tradisional, Warung Makan, Gubahan Hantaran

Kisah Kejayaan:
Latar Belakang: Kak Pazilah Bt Saad merupakan usahawan kuih tradisional yang terletak di Kg Paya. Selain itu juga, kak Pazilah Bt Saad menguruskn perniagaan secara kecil kecilan di warung di Kg Paya .Malah , beliau turut menghasilkan gubahan hantaran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Kak Pazilah Bt Saad hanya mempunyai pengetahuan asas mengenai penggunaan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Kak Pazilah Bt Saad merupakan ahli Pi1M Bukit Payong dan selalu menggunakan perkhidmatan PI1M dalam perniagaan beliau. Antara perkhidmatan / kelas yang telah diberikan kepada beliau adalah membuat dan label makanan, design poster dan mempromosikan di laman Facebook. Malahan, pihak Pi1M turut meninjau dari semasa ke semasa prestasi perniagaan beliau.

Apa yang dipelajari melalui PI1M:
- Mempelajari cara membuat label makanan.
- Mempelajari power point untuk menghasilkan iklan , poster dan banner.
- Mempelajari Facebook dengan lebih terperinci.
- Menggunakan kemudahan internet untuk mencari bahan / sumber rujukan dan di bantu oleh staff PI1M.

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/peningkatan tahap kemahiran ICT:
- PI1M memberi kelas usahawan. - Pi1M membantu dalam mencari sumber rujukan seperti senarai resepi masakan. - Pi1M membantu mempromosikan di laman Facebook.

Berikut adalah gambar-gambar mengenai Noraini Binti Abdullah:


Promosi di Media Sosial